Langkah pertama ialah dengan mengenali jenis-jenis perahu, mencari dan mendapatkan maklumat serta gambar untuk rujukan. Kebanyakan perahu layar bersaiz besar telah pupus, tetapi terdapat beberapa contoh yang masih wujud walaupun ciri-ciri tradisional tidak dikekalkan sepenuhnya seperti Perahu Panisi di Indonesia. Gambar-gambar perahu begini mudah diperolehi. Gambar perahu sejarah yang telah pupus pula, perlu dibuat sedikit penyelidikan.
Internet merupakan medium yang paling mudah diakses untuk mencari gambar-gambar tersebut. Perpustakaan dan muzium juga tempat-tempat yang boleh dirujuk. Pengumpulan maklumat dan gambar jenis-jenis perahu juga merupakan salah satu cabaran sebelum pembuatan replika dapat dimulakan. Penerangan ringkas ini harap dapat membantu cara mendapatkan maklumat dan gambar perahu yang disasar untuk direplika.
1. Perahu-perahu yang masih diguna hingga sekarang:
Kebanyakannya terdapat di kepulauan Indonesia dan gambar boleh diperolehi daripada Internet, buku dan rencana majalah.
Contoh A : Perahu Panisi
![]() |
Sumber : Internet |
Contoh B : Perahu Janggolan
![]() |
Sumber : Perpustakaan |
Contoh C : Perahu Sepel
![]() |
Sumber : Perpustakaan |
2. Perahu yang telah pupus:
Gambar yang sempat dirakam. Terdapat dalam buku, Jurnal Akademik dan juga Internet.
Contoh A. : Perahu Palari
![]() |
Sumber : Internet |
Contoh B : Perahu Kacik
![]() |
Sumber : Perpustakaan |
3. Perahu sejarah yang tercatat dalam buku, Jurnal Akademik, Jurnal Penjajah, catatan penjelajah barat zaman kolonial yang dirakam dalam bentuk lakaran, lukisan, lithograph plate, woodcut dan sebagainya.
Contoh A : Lancara
![]() |
Sumber : Perpustakaan ( MBRAS ) : Lakaran |
Contoh B : Jong Jawa, Jong Melaka Dan Mayang
![]() |
Sumber : Perpustakaan : Lithograph |
4. Perahu sejarah yang disebut dalam hikayat-hikayat mahupun syair-syair melayu lama dan ukiran relif candi.
Contoh nama-nama perahu dalam hikayat.
a. Perahu Penjajap
b. Perahu Gurab
c. Perahu Banting
d. Perahu Keci
e. Perahu Gubang
f. Perahu Galiong
Contoh A : Perahu Penjajap
![]() |
Sumber : Perpustakaan : Lakaran |
Contoh B : Perahu Gurab
![]() |
Sumber : Internet : Lukisan Hitam Putih |
Contoh C : Relif di Candi Borobudur
![]() |
Sumber : Internet |
5. Gambar perahu yang diabadikan untuk kenangan dalam bentuk setem, matawang, poskad dan sebagainya.
Contoh A : Lepa
Sumber : Internet |
Contoh B : Perahu Pinas
![]() |
Sumber : Koleksi Individu |
Contoh C : Perahu Palari
![]() |
Sumber : Internet |
Contoh D : Sekoci Melayu
![]() |
Sumber : Internet |
6. Replika perahu yang terdapat di Muzium.
Contoh A : Lancang Kuning
![]() |
Sumber : Muzium Negara KL |
Contoh B : Perahu Majapahit
![]() |
Sumber : Muzium Bahari Jakarta |
Contoh C : Jong Jawa ( Replika saiz sebenar )
![]() |
Sumber : Meritime Museum Singapura |
Contoh D : Perahu Besar ( Perahu sebenar yang dibaik pulih untuk pameran sebagai artifak sejarah )
![]() |
Sumber : Muzium Negeri Terengganu |
Perkara penting yang tidak dapat dielakkan apabila membuat sesuatu replika perahu ialah sistem layar yang digunakan. Kepelbagaian ragam layar bagi perahu adalah fenomena biasa di Nusantara sejak dahulu. Sebuah perahu jenis yang sama mungkin menggunakan layar berlainan diera yang berbeza, kajian perlu dibuat tentang perkara ini.
Perahu yang sesuai lagi cantik untuk direplika adalah perahu yang bersaiz 35 kaki ( 10.6 M ) ke atas kegunaan berdagang, perang dan perahu sejarah. Perahu untuk menangkap ikan juga cantik jika direplika tetapi kerana kebanyakan bersaiz kecil, replika tersebut perlu mengguna ukuran skala yang besar.
Langkah seterusnya, cuba dapatkan seberapa banyak gambar perahu berkenaan daripada pelbagai sudut yang berbeza dan dari jenis yang sama. Ini untuk memudahkan lakaran profil lambung perahu tersebut dilukis berpandu pada gambar-gambar tersebut.
Contoh 1 : Perahu Bedar Luang Sudu
![]() |
2. Sumber : Internet |
![]() |
3. Sumber : Internet |
![]() |
4. Sumber : Internet |
![]() |
5. Sumber : Internet |
![]() |
6. Sumber : Internet |
![]() |
7. Sumber : Perpustakaan |
![]() |
8. Sumber : Perpustakaan ( MBRAS ) |
Gabungan Teknik POB & POF Skala 1:48 ( hasil tangan Admin.) |
Contoh 2 : Perahu Golekan
![]() |
1. Sumber : Internet ( Belakang ) |
![]() |
2. Sumber : Internet ( Hadapan ) |
![]() |
3. Sumber : Muzium ( Sisi ) |
![]() |
4. Sumber : Perpustakaan ( Hadapan ) |
![]() |
6. Sumber : Perpustakaan ( Belakang ) |
![]() |
6. Sumber : Perpustakaan |
![]() |
7. Sumber : Perpustakaan |
Model Perahu Golekan Warisan Madura
![]() |
Teknik POB Skala 1:48 ( hasil tangan Admin. ) |
Lancang Kuning Belayar Malam
Haluan Menuju Ke Laut DalamKalau Nakhoda Kuranglah Faham
Alamatlah Kapal Akan Tenggelam
NEXT : Ciri-ciri Yang Membezakan Antara Perahu