Wednesday 14 January 2015

PERBEZAAN DI ANTARA PERAHU



NOTA : Artikal ini bukan sebuah penulisan kajian ilmiah akedemik tetapi hasil dari pembacaan dan pemerhatian admin. hanya untuk kegunaan pembuatan replika mini. "Perahu" di blog ini bermaksud perahu yang dibuat daripada kayu dan menggunakan layar atau dayung sebagai alat pendorong.  




Jika diperhati pada bentuk fizikal, banyak perbezaan yang boleh dilihat di antara jenis-jenis perahu. Perahu-perahu tradisional ini menerima pengaruh yang datang daripada seluruh pelusuk dunia disepanjang zaman. Terdapat bentuk perahu yang memang berevolusi di Nusantara dan ada juga telah berubah akibat daripada pengaruh luar.

Bentuk lambung, binaan perumah, tiang, jolong, kemudi dan sistem layar adalah bahagian-bahagian yang membentuk profil sesebuah perahu. Perbezaan setiap elemen di antara perahu inilah yang perlu diberi perhatian terutama sekali dari bentuk buritan dan jenis/sistem layar. Nama sesebuah perahu juga berkait rapat dengan ciri-ciri perbezaan tersebut.

Melukis pelan harus dimulakan dengan mengenal pasti rupa bentuk lambung dan juga binaan di atasnya secara teliti. Ini adalah untuk memastikan keaslian rupa sebenar bagi sesebuah  perahu dapat diterap dengan betul dan menepati sejarah. Penerangan ringkas ciri-ciri perahu ini mungkin dapat dijadikan sebagai panduan untuk memulakan lakaran pelan. 


1. Lambung.

2. Binaan Di Atas Perahu.

3. Binaan Di Haluan Dan Buritan.

4. Jolong 

5. Kemudi.

6. Tiang.

7. Katir. 




1.  Lambung @ Golak @ Badan Perahu ( Hull )

Serang, Lunas dan Linggi adalah tulang belakang bagi sesebuah perahu. Pandangan sisi profil sebuah perahu ditentukan oleh teknik penyambungan di antara tiga elemen ini. Perahu tradisional yang dibuat daripada papan dan berasal dari Nusantara biasanya mempunyai bentuk yang melengkung. Kaedah ini adalah cara pembuatan perahu yang diamalkan sejak dahulu, manakala untuk teknik sambungan bersudut, mengikut pendapat ahli akedemik ianya berpunca dari pengaruh sebelah Barat.

 
  1.1  Luan @ Serang, Linggi dan Lunas. (Stem, Stern and Keel)
 
     1.1.1  Sambungan yang melengkung dari hujung linggi depan hingga ke hujung                      linggi budi.



1. Teknik Lengkung



2. Linggi


     1.1.2  Sambungan bersudut antara luan, lunas dan linggi.


3. Teknik Sudut


     1.1.3  Lunas yang terjulur.  


4. Lunas Terjulur Ciri Khas Madura



5. Perahu Janggolan Warisan Madura

       

     1.1.4  Lepap tidak berlunas.


6. Perahu/Sampan Kotak



  1.2  Bentuk dasar keratan rentas perut perahu.

     1.2.1  Dasar lepap  (Flat Bottom)

     1.2.2  Dasar bentuk U

     1.2.3. Dasar bentuk V


7.  Bentuk Dasar  Sebagai Contoh.




  1.3  Profil bentuk haluan dan buritan.


     1.3.1  Double ended.


8. Bentuk Yang Mirip Antara  Depan Dan Belakang (Lambung Double Ended)

     1.3.2  Haluan.


9. Antara Rupa Bentuk Haluan Perahu



10. Haluan Perahu Skunar Sarawak.


     1.3.3  Buritan                                                                                                                            



Belakang  perahu  adalah  bahagian  yang  paling  kritikal  ketika  melakar   pelan.   Ini disebabkan terdapat beberapa bentuk profil yang mengelirukan. Bentuk buritan perahu  boleh   dibahagi   kepada   lima   bentuk  asas  iaitu  :-   1.  Pantat Sekoci     2. Pantat Kedera  3. Pantat Kerusi  4. Pantat Itik @ Pantat Bebek 5. Pantat Patah @ Pantat Belakang Potong.   

*Bentuk-bentuk   binaan  ini  jangan dikelirukan dengan  buritan   perahu  "Double Ended" yang  dipasang ambin.* ( Belakang Katup ) 




11. Pantat Sekoci


12. Pantat Kedera

       
13. Pantat Kerusi


14. Pantat Itik @ Bebek


15. Pantat Patah @ Belakang Potong



15 b. Pantat Patah.



16. Buritan Lambung "Double Ended" Yang Dipasang Ambin.


  1.4 Binaan tahap dua (Second Stage)
           
Perahu yang dibina berasaskan lambung perahu lain dengan menambah ketinggian dinding. Terdapat perahu yang dibina hingga ke "Tahap Tiga" di zaman dahulu.


17. Lambung Perahu Pejala Yang DiTambah Ketinggian Dinding Menjadi Perahu Pelari.




18. Pelbagai Bentuk Lambung Tradisi Pembuatan Perahu Di Terengganu



2. Binaan di atas perahu 


  2.1 Terbuka tanpa geladak dan dipasang tataban. (Papan lantai                                         mudah alih)

  2.2 Geladak @ Dek.


19. Geladak Dan Pintu Pelaka (Double Ended)



  2.3 Kurung : Struktur binaan dimana kasau bumbung bersambung terus pada                                  "tajok" kun untuk menghasilkan ruang petak tertutup yang luas.
     

20. Antara Jenis-Jenis Kurung

                 
   

21. Kurung Bumbung Curam (Juga Lihat Gambar No. 5)




22. Kurung Bumbung Rata

   

  2.4 Kamara : Struktur berbentuk bilik yang dibina di atas geladak.

     


23. Antara Jenis-Jenis Kamara



24. Kamara Bumbung Curam Perahu Lambo (Buritan Pantat Itik)



25. Kamara Bumbung Rata Perahu Bago. (Double Ended Dan Ambing)


  2.5 Kup : Struktur binaan berbumbung separuh bulat (Jerombong) bersambung ke                      "Tajuk" kun.


26. Kup Dan Dandan




3. Binaan di haluan dan buritan.

  3.1   Anjung : Struktur pelantar di haluan.
       

27. Anjung


  3.2  Kotamara :   Dinding Pertahanan sama ada  di haluan atau buritan.


28. Anjung Dan Kotamara



  3.3  Ambin @ Ambeng : Struktur pelantar di buritan.
       

29. Ambing Pada Lambung "Double Ended" & "Second Stage".



  3.4  Dandan : Binaan di buritan


30. Dandan Bumbung Separuh Bulat (Lambung Double Ended)


31. Dandan Bumbung Rata (Lambung Double Ended)


4. Jolong Anjung : Tempat mengikat suai (Stay) dan layar cucur (Jib)

  4.1   Jolong @ Jongor (Jibboom) dari sebatang kayu.


32. Jolong Perahu Bedar Luang Katar Warisan Trengganu



  4.2  Jolong Anjung (Bowsprit) terdiri dari tiga batang kayu balok bercantum                        di hujung.


33. Jolong Anjung Perahu Nadir Warisan Sumatra Riau.

  4.3  Jolong Anjung (Bowsprit) berbentuk tripod melintang.

34. Jolong Anjung Perahu Pelari Warisan Makasar Bugis


5. Kemudi

  5.1 Kemudi Linggi @ Kemudi Cawat @ Kemudi Sangkut @ Kemudi Halkah


35. Kemudi Linggi Selaga


36. Kemudi Linggi Selaga Pada Lambung "Double Ended" (Lihat Juga Gambar No. 16, 30)



37. Kemudi Linggi Bertali


38. Kemudi Linggi Bertali


39. Kemudi Linggi Bertali Pada Lambung "Double Ended"




40. Kemudi Linggi Pada Buritan Pantat Itik (Juga Lihat Gambar No. 14)



  5.2 Kemudi Kelek @ Kemudi Samping @ Guling @ Bengkilas
 

41. Kemudi Kelek Perahu Palari. (Juga lihat Gambar No. 5,25,31&44)


42. Antara Jenis-Jenis Daun Kemudi Kelek


43. Pelbagai Jenis Jerangka Koyang Untuk Tambatan Kemudi Kelek.


6.  Tiang

Tiang yang digunakan pada perahu biasanya berjumlah 1, 2, 3 dan 5 batang. Tiang-tiang ini sama ada kekal atau yang boleh dibuka pasang dan  setiap tiang terdiri dari satu batang atau pun tripod. Tiang-tiang ini dibuat daripada kayu atau pun buluh. Terdapat juga perahu yang hanya menggunakan sokong menggantikan tiang untuk layarnya.



44. Tiang Tripod



45. Sokong Pada Layar


7. Katir @ Cadik @ Semang : Sayap pelampung sesebuah perahu samada Katir Tunggal
                                            ataupun Katir Kembar.
                                             

46. Katir Dalam Rekod Sejarah (Juga Lihat Gambar No. 45)



47. Katir Pada Replika Perahu Borobudur.


48. Contoh Pelbagai Jenis Jerangka Katir



8. Katamaran dan Trimaran.


49. Katamaran

                           
                                             
Rupa bentuk bahagian-bahagian perahu yang ditekan di sini bukanlah reka bentuk muktamad tetapi mempunyai variasinya masing-masing. Penambahbaikan dan enovasi oleh tukang-tukang perahu telah melahirkan pelbagai variasi untuk kegunaan juga keperluan masyarakat setempat mengikut peredaran zaman. Perincian bentuk-bentuk perahu mahu pun peralatannya, jika diperhalusi lagi dan diterap ke dalam pembuatan model, akan menambah nilai replika perahu tersebut.                                             

Bersambung......                


NEXT  :  Layar Perahu