Thursday 3 November 2016

LAMBUNG PERAHU

  



Seni pembuatan perahu berkait rapat dengan konsep panjang nisbah lebar. Semakin tirus sesebuah perahu, semakin laju, sebaliknya jika semakin lebar, lebih stabil dan banyak muatan yang mampu dibawa. Kebanyakan lambung tradisional direka berdasarkan ilham dari alam sekeliling oleh masyarakat maritim zaman dahulu.  Antara faktor-faktor lain yang mempengaruhi bentuk lambung;

-   Kegunaan

-   Praktikal

-   Cita rasa peribadi pereka

Semua faktor ini melahirkan pelbagai ragam dan bentuk lambung yang ada. Sintesis antara tradisi-tradisi maritim timur dan barat turut menghasilkan pelbagai jenis lambung hibrid. Dalam keragaman ini, perbezaan masih boleh dikesan antara rekaan lambung tradisional Nusantara dan yang dipengaruhi dari luar.

Pemerhatian kepelbagaian bentuk lambung secara teliti akan menjurus kepada beberapa reka bentuk asas yang dapat dikenali dan dikelaskan. Beberapa bentuk asas lambung yang telah dikenal pasti itu ialah:-  


                                                                                 Nisbah -   Panjang : Lebar


1.   Lambung Tradisional


1.1   Seludang Nyiur


1.   Nisbah  -  7 : 1


1.2   Sabut Kelapa @ Bulan Sabit


2.   Nisbah  -  5 : 1


1.3   Belah Semangka


3.  Nisbah  -  3 : 1


2.   Lambung Purba Selatan Indocina


2.1   Samvao @ Sampho @ Sampan


4.  Nisbah  -  5 : 1


3.   Lambung Barat.* 
   

3.1   Ghali


5.  Nisbah  -  8 : 1

3.2   Sekochi


6.  Nisbah  -  4 : 1


4.   Lambung Hibrid

4.1   Lancha

7.  Nisbah  -  4 : 1

Lambung barat seperti di atas telah berada di sini begitu lama malah telah dianggap sebagai lambung tradisional. Walaupun demikian, terdapat reka bentuk lambung barat yang diperkenal kemudiannya terus dari sumber asal seperti contoh Perahu Pinas Terengganu.

Gabungan diantara reka bentuk asas ini serta penerapan rekaan-rekaan pantat perahu melahirkan lebih banyak lagi hibrid lambung tradisional. Nisbah panjang dan lebar lambung tidak mutlak dan ia bergantung kepada kegunaan untuk keperluan semasa dan setempat.


                                                *********************


Nota.

Analisa berasaskan penglihatan zahir dan tidak menyentuh dari segi teknikal.

*Barat bukan saja bermaksud dari  Eropah tetapi seluruh kawasan yang berada di barat Asia Tenggara termasuk Timur Tengah dan India.







Bangau Oh Bangau Kenapa Engkau Kurus.
............
............




Bersambung..........................Kenali perahu yang dicatat dalam Hikayat Melayu.



Next. -    Melukis Pelan.


Wednesday 27 April 2016

PELAN DAN GARISAN


NOTA :  Draf pelan tidak mengikut skala dan piawaian lukisan teknik yang standard. Artikal ini hanya untuk kegunaan pembuatan replika mini sahaja.



1.  Pelan

Replika perahu yang sempurna akan hanya mampu dibuat berpandukan kepada sebuah set pelan yang lengkap. Set pelan yang baik haruslah merangkumi tiga jenis pelan dimana setiap satu mewakili pandangan dari perspektif yang berbeza. Tanpa salah satu dari tiga pelan berkenaan, agak sukar untuk menghasilkan model tiga dimensi yang menepati sepenuhnya rupa bentuk fizikal objek asal yang ingin ditiru.

Tiga Pelan tersebut :-

               - Half Breath Plan

               - Sheer Plan

               - Body Plan


1.1  Half Breath Plan ( Tampak Atas )


Pandangan dari atas.



1. Half Breath Plan


1.2  Sheer Plan ( Tampak Sisi ) 
     
Pandangan dari sisi atau tepi.



2. Sheer Plan


1.3  Body Plan ( Tampak Belakang/Depan ) 


Pandangan dari dua sudut berbeza di atas satu hamparan grid; sebelah kiri mewakili pandangan dari belakang membawa ke bahagian tengah badan perahu dan sebelah kanan pula mewakili pandangan dari hadapan membawa ke bahagian tengah badan perahu.



3. Body Plan


2.  Garisan.


Pelan tidak akan lengkap jika tidak mempunyai garis-garis  lakaran yang setiap satu membawa maksud tertentu.  Garisan-garisan ini mewakili lukisan objek tiga dimensi yang dizahirkan dalam bentuk lakaran satu dimensi di atas tiga hamparan pelan dari empat sudut pandangan berbeza. Kepentingan garisan-garisan ini adalah kerana ia merupakan titik-titik tempat mengambil ukuran sebelum dipindah keobjek fizikal yang ingin dihasilkan.  

Garisan-garisan tersebut :-

                              - Water Line

                              - Section Line

                              - Buttock Line

                              - Diagonal Line  


Keempat-empat garisan ini akan berada dalam ketiga-tiga pelan yang tersebut di atas. Setiap garisan ini akan kelihatan berlainan dalam pelan-pelan berkenaan walaupun ia adalah garisan yang sama kerana dilihat dari perspektif yang berbeza.
                     


2.1    Water Lines 

Water Line ditanda dengan W1, W2, W3 dan seterusnya. Garisan ini jangan dikelirukan dengan Garisan Takat Timbul perahu. 



2.1.1  Water Line Dilihat Dari Perspektif Half Breath Plan.

Keratan mendatar (Horizontal) badan perahu dari hadapan hingga ke belakang dilihat dari atas, akan mengikut bentuk kontor badan perahu pada titik jalur garisan-garisan yang berkenaan.


4. Water Line - Half Breath Plan


2.1.2  Water Line Dilihat Dari Perspektif Sheer Plan.

Keratan mendatar sepanjang badan perahu dari hadapan hingga ke belakang dilihat dari sisi.  




5. Water Line - Sheer plan 



2.1.3  Water Line Dilihat Dari Perspektif Body Plan.

Keratan mendatar sepanjang badan perahu dari hadapan hingga ke belakang dilihat dari belakang bagi pelan kiri dan depan untuk pelan kanan.  



6. Water Line - Body Plan



2.2    Section Lines 

Section Line ditanda dengan angka 1, 2, 3, dan seterusnya.


2.2.1  Section Line Dilihat Dari Perspektif Half Breath Plan

Keratan menegak (Vertikal ) merentas badan perahu dilihat dari atas.

.
7. Section Line - Half Breath Plan


2.2.2  Section Line Dilihat Dari Perspektif Sheer Plan.

Keratan menegak merentas badan perahu dilihat dari sisi.


8. Section Line - Sheer Plan

2.2.3  Section Line Dilihat Dari Perspektif Body Plan.

Keratan menegak merentas badan perahu dilihat dari belakang bagi pelan kiri dan depan untuk pelan sebelah kanan, akan mengikut bentuk kontor badan perahu pada titik jalur garisan-garisan yang berkenaan.



9. Section Line - Body Plan


2.3    Buttock Lines

Buttock Line ditanda dengan huruf A, B, C.... atau B1, B2, B3 dan seterusnya.


2.3.1  Buttock Line Dilihat Dari Perspektif Half-Breath Plan

Keratan menegak sepanjang badan perahu dari hadapan hingga ke belakang dilihat dari atas.


10. Buttock Line - Half-Breath Plan

2.3.2  Buttock Line Dilihat Dari Perspektif Sheer Plan


Keratan menegak badan perahu dari hadapan hingga ke belakang dilihat dari sisi, akan mengikut bentuk kontor badan perahu pada titik jalur garisan-garisan yang berkenaan.


11. Buttock Line - Sheer Plan

2.3.3  Buttock Line Dilihat Dari Perspektif Body Plan

Keratan menegak sepanjang badan perahu dari hadapan hingga ke belakang dilihat dari belakang bagi pelan kiri dan depan untuk pelan kanan.  


12. Buttock Line - Body Plan


2.4    Diagonal Lines 


Untuk kegunaan pembuatan replika mini, garisan ini tidak diperlukan. Ia hanya diguna untuk menentukan ketepatan ukuran bagi ketiga-tiga garisan yang tersebut di atas.


3.    Lain-lain Garisan


Terdapat beberapa garisan lain yang perlu diketahui ia itu:-

                 -  Center Line          

                 -  Baseline

                 -  Perpendiculars

                 -  Rabbet Lines


3.1    Center Line

Garisan putus-putus membahagi dengan tepat lakaran objek kepada dua bahagian yang dapat dilihat dalam Half Breath Plan ( Mendatar) dan Body Plan (Menegak). Pelan perahu dalam Half-Breath Plan hanya perlu dilakar separuh sahaja kerana separuh lagi merupakan salinan imej cermin.



13. Center Line - Half Breath Plan 



14. Center Line - Body Plan


3.2    Baseline  


Garisan putus-putus secara mendatar yang merupakan asas pada lakaran perahu seperti gambarajah di bawah, dapat dilihat dalam Body Plan dan Sheer Plan. Garisan ini tidak semestinya selari dengan lunas.



15. Base Line - Sheer Plan




16. Base Line - Body Plan



3.3    Perpendiculars

Dua garisan putus-putus secara menegak titik tempat menentukan panjang dan lebar perahu.


17. Perpendiculars - Sheer Plan



18. Perpendiculars - Body Plan.



3.4    Rabbet Lines


Garisan kembar mengikut ukuran ketebalan papan yang akan menjadi ruang tempat cantuman papan ke Luan, Linggi dan Lunas.


19. Rabbet Line - Sheer Plan

                                                           *******

Garisan-garisan teknikal yang diperkenalkan secara ringkas di atas, dilakar berasingan satu persatu supaya mudah difahami bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan asas melukis pelan. Pada hakikatnya, semua garisan berkenaan akan disatukan dalam ketiga-tiga pelan tersebut yang dapat dilihat seperti gambarajah pelan di bawah. Pemahaman dan gambaran lebih jelas boleh diperolehi dengan mendapatkan buku-buku yang berkenaan sebagai rujukan.   




20. Half-Breath Plan




21. Sheer Plan




22. Body Plan


Bersambung....................... Melukis Pelan



Next  -    Mengenali Lambung Perahu