Seni pembuatan perahu berkait rapat dengan konsep panjang nisbah lebar. Semakin tirus sesebuah perahu, semakin laju, sebaliknya jika semakin lebar, lebih stabil dan banyak muatan yang mampu dibawa. Kebanyakan lambung tradisional direka berdasarkan ilham dari alam sekeliling oleh masyarakat maritim zaman dahulu. Antara faktor-faktor lain yang mempengaruhi bentuk lambung;
- Kegunaan
- Praktikal
- Cita rasa peribadi pereka
Semua faktor ini melahirkan pelbagai ragam dan bentuk lambung yang ada. Sintesis antara tradisi-tradisi maritim timur dan barat turut menghasilkan pelbagai jenis lambung hibrid. Dalam keragaman ini, perbezaan masih boleh dikesan antara rekaan lambung tradisional Nusantara dan yang dipengaruhi dari luar.
Pemerhatian kepelbagaian bentuk lambung secara teliti akan menjurus kepada beberapa reka bentuk asas yang dapat dikenali dan dikelaskan. Beberapa bentuk asas lambung yang telah dikenal pasti itu ialah:-
Nisbah - Panjang : Lebar
1. Lambung Tradisional
1.1 Seludang Nyiur
1.2 Sabut Kelapa @ Bulan Sabit
1.3 Belah Semangka
2. Lambung Purba Selatan Indocina
2.1 Samvao @ Sampho @ Sampan
3. Lambung Barat.*
3.1 Ghali
3.2 Sekochi
4. Lambung Hibrid
4.1 Lancha
3.1 Ghali
5. Nisbah - 8 : 1 |
3.2 Sekochi
6. Nisbah - 4 : 1 |
4. Lambung Hibrid
4.1 Lancha
7. Nisbah - 4 : 1 |
Lambung barat seperti di atas telah berada di sini begitu lama malah telah dianggap sebagai lambung tradisional. Walaupun demikian, terdapat reka bentuk lambung barat yang diperkenal kemudiannya terus dari sumber asal seperti contoh Perahu Pinas Terengganu.
Gabungan diantara reka bentuk asas ini serta penerapan rekaan-rekaan pantat perahu melahirkan lebih banyak lagi hibrid lambung tradisional. Nisbah panjang dan lebar lambung tidak mutlak dan ia bergantung kepada kegunaan untuk keperluan semasa dan setempat.
*********************
Nota.
Analisa berasaskan penglihatan zahir dan tidak menyentuh dari segi teknikal.
*Barat bukan saja bermaksud dari Eropah tetapi seluruh kawasan yang berada di barat Asia Tenggara termasuk Timur Tengah dan India.
............
............
Bersambung..........................Kenali perahu yang dicatat dalam Hikayat Melayu.
Next. - Melukis Pelan.
No comments:
Post a Comment