Thursday 27 February 2014

LANGKAH PERMULAAN

Langkah pertama ialah dengan mengenali jenis-jenis perahu, mencari dan mendapatkan maklumat serta gambar untuk rujukan. Kebanyakan perahu layar bersaiz besar telah pupus, tetapi terdapat beberapa contoh yang masih wujud walaupun ciri-ciri tradisional tidak dikekalkan sepenuhnya seperti Perahu Panisi di Indonesia. Gambar-gambar perahu begini mudah diperolehi. Gambar perahu sejarah yang telah pupus pula, perlu dibuat sedikit penyelidikan.  


Internet merupakan medium yang paling mudah diakses untuk mencari gambar-gambar tersebut. Perpustakaan dan muzium juga tempat-tempat yang boleh dirujuk. Pengumpulan maklumat dan gambar jenis-jenis perahu juga merupakan salah satu cabaran sebelum pembuatan replika dapat dimulakan. Penerangan ringkas ini harap dapat membantu cara mendapatkan maklumat dan gambar perahu yang disasar untuk direplika.     


1. Perahu-perahu yang masih diguna hingga sekarang:                                                                        
Kebanyakannya terdapat di kepulauan Indonesia dan gambar boleh diperolehi daripada Internet, buku dan rencana majalah.

     Contoh A : Perahu Panisi

Sumber : Internet

     Contoh B : Perahu Janggolan

Sumber : Perpustakaan

     Contoh C : Perahu Sepel

Sumber : Perpustakaan



2. Perahu yang telah pupus:

Gambar yang sempat dirakam. Terdapat dalam buku, Jurnal Akademik dan juga Internet.


    Contoh A. : Perahu Palari

Sumber : Internet

     Contoh B : Perahu Kacik

Sumber : Perpustakaan



3. Perahu sejarah yang tercatat dalam buku, Jurnal Akademik, Jurnal Penjajah, catatan penjelajah barat zaman kolonial yang dirakam dalam bentuk lakaran, lukisan, lithograph plate, woodcut dan sebagainya.   


     Contoh A : Lancara

Sumber : Perpustakaan ( MBRAS ) : Lakaran


     Contoh B : Jong Jawa, Jong Melaka Dan Mayang

Sumber : Perpustakaan : Lithograph



4. Perahu sejarah yang disebut dalam hikayat-hikayat mahupun syair-syair melayu lama dan ukiran relif candi.
    
    Contoh nama-nama perahu dalam hikayat.

    a. Perahu Penjajap

    b. Perahu Gurab

    c. Perahu Banting

    d. Perahu Keci

    e. Perahu Gubang

    f. Perahu Galiong    


     Contoh A : Perahu Penjajap

Sumber : Perpustakaan : Lakaran
   
     Contoh B : Perahu Gurab

Sumber : Internet : Lukisan Hitam Putih

     Contoh C : Relif di Candi Borobudur

Sumber : Internet



5. Gambar perahu yang diabadikan untuk kenangan dalam bentuk setem, matawang, poskad dan sebagainya. 


     Contoh A : Lepa

Sumber : Internet

     Contoh B : Perahu Pinas

Sumber : Koleksi Individu


    Contoh C : Perahu Palari

Sumber : Internet


     Contoh D : Sekoci Melayu

Sumber : Internet



6. Replika perahu yang terdapat di Muzium.


     Contoh A : Lancang Kuning

Sumber : Muzium Negara KL

    Contoh B : Perahu Majapahit

Sumber : Muzium Bahari Jakarta

     Contoh C : Jong Jawa ( Replika saiz sebenar )

Sumber : Meritime Museum Singapura


    Contoh D : Perahu Besar ( Perahu sebenar yang dibaik pulih untuk pameran sebagai                      artifak sejarah ) 

Sumber : Muzium Negeri Terengganu



Perkara penting yang tidak dapat dielakkan apabila membuat sesuatu replika perahu ialah sistem layar yang digunakan. Kepelbagaian ragam  layar bagi perahu adalah fenomena biasa di Nusantara sejak dahulu. Sebuah perahu jenis yang sama mungkin menggunakan layar berlainan diera yang berbeza, kajian perlu dibuat tentang perkara ini.  

     
Perahu yang sesuai lagi cantik untuk direplika adalah perahu  yang bersaiz 35 kaki  ( 10.6 M ) ke atas kegunaan berdagang, perang dan perahu sejarah. Perahu untuk menangkap ikan juga cantik jika direplika tetapi kerana kebanyakan bersaiz kecil, replika tersebut perlu mengguna ukuran skala yang besar. 
     

Langkah seterusnya, cuba dapatkan seberapa banyak gambar perahu berkenaan daripada pelbagai sudut yang berbeza dan dari jenis yang sama. Ini untuk memudahkan lakaran profil lambung perahu tersebut dilukis berpandu pada gambar-gambar tersebut.  


Contoh 1 : Perahu Bedar Luang Sudu

Sumber : Internet


2. Sumber : Internet
    

3. Sumber : Internet


4. Sumber : Internet


5. Sumber : Internet

6. Sumber : Internet


7. Sumber : Perpustakaan


8. Sumber : Perpustakaan ( MBRAS )


9. Sumber : Perpustakaan ( MBRAS )


Model Perahu Bedar Luang Sudu Warisan Trengganu

Gabungan Teknik POB & POF Skala 1:48 ( hasil tangan Admin.)





Contoh 2 :  Perahu Golekan


1. Sumber :  Internet ( Belakang )


2. Sumber : Internet ( Hadapan )



3. Sumber :  Muzium ( Sisi )


4. Sumber : Perpustakaan ( Hadapan )


6. Sumber : Perpustakaan ( Belakang )



6. Sumber : Perpustakaan


7. Sumber : Perpustakaan


Model Perahu Golekan Warisan Madura

Teknik POB Skala 1:48 ( hasil tangan Admin. )
                                    
                                   
                                Lancang Kuning Belayar Malam      
                                Haluan Menuju Ke Laut Dalam
                                Kalau Nakhoda Kuranglah Faham
                                Alamatlah Kapal Akan Tenggelam      



NEXT :  Ciri-ciri Yang Membezakan Antara Perahu 




Tuesday 11 February 2014

BAHAN

Bahan utama untuk membuat replika perahu :-


1. Kayu.

Kebanyakan jenis kayu boleh diguna; sama ada kayu tempatan atau import. Ia terpulang kepada pembuat untuk memilih kayu yang disukai dan selesa bagi dirinya, tetapi perlu diingat bahawa kualiti replika tersebut juga bergantung kepada jenis kayu yang digunakan. Harga juga menjadi faktor utama dalam memilih jenis kayu.

Kayu import boleh diperolehi secara "Online". Kayu ini ada yang telah siap  dipotong khusus untuk kegunaan membuat replika kapal oleh pembekal.  Kayu import yang agak baik juga boleh didapati secara percuma dari bahan buangan kotak kayu buah-buahan dan kotak atau pelapik mesin import.       

Kayu tempatan yang paling murah dan mudah diperolehi di Malaysia adalah dari jenis Meranti dan Masawa. Kayu Jati juga kayu yang baik dan cantik untuk pembuatan replika terutama teknik "Blok" tetapi berharga mahal. Jenis-jenis kayu tempatan yang boleh diguna untuk membuat replika dari segi mudah didapati dan harga yang berpatutan disenaraikan dibawah.   

1.2 Kayu Tempatan :
 
1.2.1  Kayu Lembut
   
          a. Jelutong

          b. Pulai

1.2.2  Kayu Sederhana Keras

           a. Meranti

           b. Masawa (Medang Sawa)

1.2.3  Kayu Keras

           a. Cengal

           b. Nyatoh

           c. Ramin

1.2.4  Kayu Mahal 

            a. Jati

1.2.5  Kayu Esotik        

            a. Kemuning


1. Contoh Jenis Kayu

1.3  Kayu Import :
         
      a. Boxwood

      b. Walnut

      c. Basswood

      d. Swiss Pear              

      e. Balsa


1.4  Kayu Buang : - Poplar / Pine / Beech


1.5  Wood Veneer.


2. Contoh Veneer Kayu


1.6  Papan Lapis (Plywood)


2. Pelekat (Glue)

    a. White Glue ( PVA atau PS water base non toxic)

    b. Carpenter Glue

    c. Rubber Cement

    d. Super Glue ( Cyanoacrylate )

    e. Epoxy 5 Minute


5. Bahan Warna.

    a. Acrylic Paint (  Matte / Gloss )

    b. Cat Kayu

    c. Pewarna Fabrik
 

6. Kemasan Akhir (Finishing)

    a. Tung Oil

    b. Stain

    c. Shellac

    d. Lacquer

    e. Polyurethane Varnish ( Matte / Satin / Gloss )


7. Lain-lain.

7.1  Alkohol

7.2  Wood Filler

7.3  Sanding Sealer

7.4  Kain Belacu dan Kain Kapas

7.5  Benang dan tali yang sesuai untuk skala replika.

7.6  Paku

7.7  Dawai ( Besi / Brass / Tembaga )


8. Penggunaan Bahan Kreatif.

Bahan juga boleh diperolehi dari sumber-sumber disekeliling kita. Pemerhatian dan kreativiti seseorang dapat menilai objek yang ada dipersekitaran untuk diguna sebagai bahan membuat replika perahu mini. Daun kering diolah menjadi atap, kopi untuk bahan pewarna asli dan plastik keras lutsinar disimulasi menyerupai cermin tingkap. Peralatan kegunaan harian seperti penyepit makanan (Chopstick), pin baju dan sebagainya pun boleh dijadikan bahan membuat model tersebut. Tiada batasan menjadi kreatif dalam pencarian dan penggunaan bahan.


Bahan yang tersenarai di atas hanya untuk panduan sahaja dan boleh diganti dengan bahan altenatif yang lain. 


                               
NEXT : Bagaimana hendak mula!