1. Kayu.
Kebanyakan jenis kayu boleh diguna; sama ada kayu tempatan atau import. Ia terpulang kepada pembuat untuk memilih kayu yang disukai dan selesa bagi dirinya, tetapi perlu diingat bahawa kualiti replika tersebut juga bergantung kepada jenis kayu yang digunakan. Harga juga menjadi faktor utama dalam memilih jenis kayu.
Kayu import boleh diperolehi secara "Online". Kayu ini ada yang telah siap dipotong khusus untuk kegunaan membuat replika kapal oleh pembekal. Kayu import yang agak baik juga boleh didapati secara percuma dari bahan buangan kotak kayu buah-buahan dan kotak atau pelapik mesin import.
Kayu tempatan yang paling murah dan mudah diperolehi di Malaysia adalah dari jenis Meranti dan Masawa. Kayu Jati juga kayu yang baik dan cantik untuk pembuatan replika terutama teknik "Blok" tetapi berharga mahal. Jenis-jenis kayu tempatan yang boleh diguna untuk membuat replika dari segi mudah didapati dan harga yang berpatutan disenaraikan dibawah.
1.2 Kayu Tempatan :
1.2.1 Kayu Lembut
b. Pulai
1.2.2 Kayu Sederhana Keras
a. Meranti
b. Masawa (Medang Sawa)
1.2.3 Kayu Keras
a. Cengal
b. Nyatoh
c. Ramin
1.2.4 Kayu Mahal
a. Jati
1.2.5 Kayu Esotik
a. Kemuning
1. Contoh Jenis Kayu |
1.3 Kayu Import :
a. Boxwood
b. Walnut
c. Basswood
d. Swiss Pear
e. Balsa
1.4 Kayu Buang : - Poplar / Pine / Beech
1.5 Wood Veneer.
2. Contoh Veneer Kayu |
2. Pelekat (Glue)
a. White Glue ( PVA atau PS water base non toxic)
b. Carpenter Glue
c. Rubber Cement
d. Super Glue ( Cyanoacrylate )
e. Epoxy 5 Minute
5. Bahan Warna.
a. Acrylic Paint ( Matte / Gloss )
b. Cat Kayu
c. Pewarna Fabrik
6. Kemasan Akhir (Finishing)
a. Tung Oil
b. Stain
c. Shellac
d. Lacquer
e. Polyurethane Varnish ( Matte / Satin / Gloss )
7. Lain-lain.
7.1 Alkohol
7.2 Wood Filler
7.3 Sanding Sealer
7.4 Kain Belacu dan Kain Kapas
7.5 Benang dan tali yang sesuai untuk skala replika.
7.6 Paku
7.7 Dawai ( Besi / Brass / Tembaga )
8. Penggunaan Bahan Kreatif.
Bahan juga boleh diperolehi dari sumber-sumber disekeliling kita. Pemerhatian dan kreativiti seseorang dapat menilai objek yang ada dipersekitaran untuk diguna sebagai bahan membuat replika perahu mini. Daun kering diolah menjadi atap, kopi untuk bahan pewarna asli dan plastik keras lutsinar disimulasi menyerupai cermin tingkap. Peralatan kegunaan harian seperti penyepit makanan (Chopstick), pin baju dan sebagainya pun boleh dijadikan bahan membuat model tersebut. Tiada batasan menjadi kreatif dalam pencarian dan penggunaan bahan.
Bahan yang tersenarai di atas hanya untuk panduan sahaja dan boleh diganti dengan bahan altenatif yang lain.
Bahan yang tersenarai di atas hanya untuk panduan sahaja dan boleh diganti dengan bahan altenatif yang lain.
NEXT : Bagaimana hendak mula!
hai. nak tanya, kalau untuk buat miniature furniture or dollhouse, kayu yg paling senang d i dapati di malaysia, kayu apa ye? dan kayu jenis apa... dan di mana nak membeli nya... di mana nak beli kayu basswood ye?
ReplyDeleteKayu Jelutong, boleh beli kat Pembekal bahan seni untuk sekolah, kolej.....atau terus ke kilang papan. Basswood beli melalui online atau tempah pada Pembekal tadi dan ada juga kilang papan yg import kayu tersebut. Harap membantu..
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya sedang mencari pembekal kayu jelutong..
blh pm saya shurokaaventure@gmail.com