Penggunaan peralatan yang betul dan tepat dapat memudahkan kerja membuat replika yang berkualiti. Pembuatan model kapal dan perahu sebagai hobi sama ada dalam bentuk "kits" atau "scratch build" tidak memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar. Peralatan asas yang diguna mudah diperolehi dari kedai atau pembelian secara "on line". Peralatan yang diperlukan boleh dipilih mengikut kemampuan kecuali alat untuk memotong dan membelah kayu. Secara ringkas, dinyatakan di sini peralatan :
a. penting
b. kurang penting tetapi sangat membantu
c. yang tidak penting.
a. penting
b. kurang penting tetapi sangat membantu
c. yang tidak penting.
1. Melukis Plan
1.1 Alat-alat biasa bagi menulis dan melukis seperti pensil, pembaris, "set-square" dan sebagainya.
1.2 Peralatan untuk memotong dan menggunting seperti gunting, "box cutter", "paper cutter" dan sebagainya.
2. Alat Mewarna.
Berus lukisan, berus mengecat, "Air Brush" dan lain-lain.
3. Alat pengepit dan pengikat.
Semua jenis pengepit yang dapat difikirkan seperti pengepit ampaian, pengepit kertas, "clamp" bersaiz kecil seperti "G Clamp", getah pengikat dan sebagainya yang digunakan untuk memegang kayu dan papan semasa kerja-kerja melekat sementara menanti pelekat kering.
4. Alat Jahitan
Peralatan jahitan seperti jarum, pelbagai "tweezer" dan sebagainya. Guna untuk membuat layar, bendera, mengikat tali temali dan lain-lain atau mengupah saja kerja-kerja jahitan.
5. Meja Tukang
6. Hand Tools (Alat Tangan)
AMARAN : Penggunaan peralatan tajam adalah bahaya.
6.1. Semua jenis peralatan dan perkakasan pertukangan seperti tukul, ragum, pahat, gergaji,, kikir, "stapler" dan sebagainya.
6.2. Alat wajib.
6.2.1. Gergaji
Gergaji Puting |
Jewelers Saw |
Coping Saw |
Fretsaw |
6.1.2. Hobby Knife
Hobby Knife A |
Hobby Knife B |
Pin Vice A |
Pin Vice B |
6.1.4. Wood Carving Set
Wood Carving Set |
6.1.5. Hand Drill (Gerudi Tangan)
Hand Drill |
6.1.6. Needle File (Kikir Mini)
Needle File Set |
6.1.7. Razor Saw
Razor Saw A |
Razor Saw B |
Perhatian : Elakkan daripada mengguna "Hobby Knife" yang mempunyai "collet"(pemegang mata pisau) plastik kerana mudah patah.
7. Peralatan Khas
Akan terdapat kerja-kerja istimewa yang memerlukan peralatan khas semasa dalam progress membuat model kapal. Peralatan ini boleh diubahsuai dari alat tangan biasa mengikut kreativiti sendiri. Topik ini akan dibincang ditajuk yang lain.
8. Power Tools (Alat Kuasa)
AMARAN : Penggunaan alat berkuasa sangat bahaya. Ikut arahan dan peraturan pihak pengeluar alat.
8.1. Alat penting.
8.1.1 Table Saw.
Wajib. Guna untuk membelah dan memotong kayu mengikut saiz yang diperlukan.
Table Saw |
Memandangkan harga sebuah "Table Saw" agak mahal, pilihan lain adalah membuat sendiri dengan mengguna "Circular Saw", contoh seperti dibawah:-
Circular Saw |
Circular Saw dipasang bawah meja. |
Table Saw DIY (Do It Yourself) |
8.1.2. Mini Table Saw.
Guna untuk membelah dan memotong kayu yang bersaiz kecil.
Mini Table Saw |
8.1.3. Rotary Tool.
Rotary Tool Set |
Mini Drill/Grinder |
8.1.4. Scroll Saw.
Mengganti "Coping Saw" dan "Fret Saw" untuk memudahkan kerja memotong kayu mengikut bentuk yang dikehendaki seperti gading kapal atau rangka sekatan. Gergaji ini sangat membantu tetapi tidak wajib.
Scroll Saw |
8.1.5. Jig Saw
Sangat membantu tetapi tidak penting.
Jig Saw |
8.1.6. Hand Drill (Gerudi Tangan Elaktrik)
Membantu
Hand Drill |
8.2. Peralatan Tidak Penting
Alat pilihan jika mempunyai peruntukan besar untuk dibelanja bagi memudahkan kerja.
8.2.1. Wood Lathe (Pelarik Kayu Mini)
Untuk membuat tiang layar, meriam, perkakasan kapal yang bentuk silinder bulat.
Wood Lathe |
Pilihan lain bagi pelarik yang agak mahal harganya ialah dengan membuat sendiri seperti yang dibuat oleh pembuat replika kapal profesional tersohor Malaysia dengan menggunakan gerudi tangan elektrik sebagai kuasa pemutar. https://www.facebook.com/CaptainJackWoodcraft
Pelarik DIY |
Pelarik DIY (Top View) |
atau mengguna peralatan membuat benang skru/screw tread (Tap and Die Set) bagi mendapatkan saiz bulatan diameter kayu yang dikehendaki.
Tap And Die |
8.2.2. Metal Lathe (Pelarik Logam Mini)
Guna untuk melarik logam seperti gangsa untuk membuat meriam dan sebagainya. Pelarik Logam boleh diguna untuk melarik logam dan kayu tetapi Pelarik Kayu tidak boleh diguna untuk melarik logam.
Metal Lathe |
8.2.3. Planner/Sander.
Guna untuk melicinkan papan dan mendapat ketebalan yang seragam.
Planner/ Sander |
8.2.4. Band Saw
Band Saw |
Terdapat pelbagai jenis lagi peralatan yang tidak disebut di sini bagi membantu kerja-kerja membuat replika. Peralatan yang disentuh hanya sebagai panduan. Pilihan alat daripada segi harga, kesesuaian dan kerja yang hendak dilakukan, semuanya bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing.
NEXT : Bahan
terima kasih utk ilmu ini... sy amat memerlukan rotary tool tu... dan mini grinder.. pinjam? hehe
ReplyDelete