Pengenalan
Seni kerajinan tangan model miniatur perahu layar adalah kraftangan yang mempunyai nilai komersial. Seni yang tinggi berbentuk tiga dimensi dan sangat sesuai dijadikan hobi. Hobi ini akan melibatkan diri dengan beberapa disiplin ilmu seperti kaedah melukis/membaca plan, mengenali/mengguna peralatan dan bahan ketukangan asas. Hasilnya boleh dibuat perhiasan, koleksi dan cenderamata. Ia juga boleh menjana pendapatan sampingan .
Membuat sebuah model perahu adalah sama sahaja tekniknya dengan cara membuat model kapal layar. Penerangan yang terperinci mudah diperolehi dari laman-laman web berBahasa Inggeris. Goggle saja "Ship Modeling"dan sebagainya, akan terdapat banyak laman web yang boleh dirujuk. Model kapal layar mudah didapati dalam bentuk "Kit" manakala bagi "Scratch Built", pelan boleh dibeli melalui on line dan jika rajin mencari di internet, boleh diperolehi secara percuma.
Bagi model perahu, ianya terpaksa dibuat secara "Scratch Built" kerana tidak terdapat dalam bentuk "Kit" yang boleh dibeli di pasaran, begitu juga dengan plan. Ini bermakna dari peringkat menterjemah gambar perahu kebentuk plan dan kerja seterusnya perlu dibuat sendiri. Penerangan di sini akan menjelaskan secara ringkas teknik yang diguna untuk membuat sebuah model.
Terdapat 4 teknik asas yang biasa diguna untuk membuat sebuah model. Model tersebut juga, boleh dihasil dengan mengguna gabungan antara teknik-teknik berikut.
1. Block atau Solid.
Kayu beluti atau dari seketul kayu di bentuk menjadi lambung (Hull).
1. Kayu beluti |
1. Ditarah dan dibentuk menjadi lambung kapal. |
3.Dari sebongkah kayu. |
Boleh juga dikorek "Hull" (lambung kapal) tersebut untuk membuat ruang petak (Hold) tetapi masih dianggap sebagai teknik Blok.
2. Bread And Butter atau Sandwich.
Mengguna dua atau lebih lapisan kayu seperti menyediakan roti sandwich secara berlapis sama ada menegak (Vertical) atau mendatar (Horizontal) dan dibentuk menyerupai lambung kapal.
a. Menegak
1. Vertical |
2. Dibentuk |
3. Hasilnya |
b. Mendatar
1. Horizontal (plan view) |
2. Selepas dibentuk |
Selepas lapisan kayu papan telah dilekat dan dibentuk, sama ada secara Vertikal atau Horizontal. "Hull" (Badan Lambung Kapal) dikorek untuk membuat "Hold" . Kayu papan dua kaedah ini juga boleh dipotong atau ditebuk dahulu sebelum dilekatkan seperti tiga gambar di bawah.
1. |
2. |
3. |
Bagi gambar no. 3 di atas, ia adalah contoh gabungan antara Vertikal dan Horizontal. Terdapat 6 lapisan horizontal dan 2 lapisan vertikal bagi model ini. Jika model tersebut menggunakan kaedah 2 lapisan vertikal sahaja tanpa lapisan horizontal, ia disebut sebagai teknik "Half" . Teknik "Half" ini juga adalah salah satu teknik dalam kumpulan "Bread and Butter" atau "Sandwich".
3. POB ( Plank On Bulkhead )
Gading @ Kun kapal atau rangka kapal (Frame) dipotong dalam bentuk kepingan sekatan. Lunas (Keel) juga dipotong dalam bentuk kepingan. Kepingan-kepingan rangka sekat dipasang selit bersilang dengan kepingan lunas.
1. Kepingan-kepingan rangka sekatan dan kepingan rangka lunas. |
2. Kepingan-kepingan rangka sekat diselit kepada kepingan rangka lunas. |
3. Kepingan lunas boleh juga dibuat beberapa bahagian untuk model besar |
4. Sambungan kepingan lunas di kepingan rangka sekat yang ke empat. |
5. Kepingan-kepingan rangka sekat yang telah siap diselit pasang ke kepingan lunas. |
Berikutnya kerja-kerja pemasangan papan dilakukan ke atas badan kapal. Kerja-kerja ini dinamakan "Planking". Pelekat (glue) diguna untuk replika kecil manakala replika bersaiz besar menggunakan sama ada glue atau paku.
1. Menggunakan rubber band, penyepit ampaian dan pin untuk menunggu pelekat kering. |
2. Papan yang telah dipasang ke kepingan rangka |
Untuk teknik "Plank On Bulkhead" ini, plan yang terperinci perlu disediakan dahulu sebelum kepingan-kepingan papan dapat dipotong. Topik ini akan dibincang ditajuk lain.
4. POF (Plank On Frame)
Model kapal layar dibuat seperti cara kapal sebenar dibina. Semua kayu gading @ kun, luan, linggi dan lunas dibentuk/potong mengikut skala sebenar yang dikecilkan.
1. |
2. |
3. |
Kerja "planking" untuk teknik POF ini sama sahaja dengan teknik POB.
Sama seperti teknik Plank On Bulkhead, plan kapal teknik Plank On Frame ini perlu disediakan secara terperinci dahulu sebelum rangka-rangka, lunas dan linggi dapat dipotong.
Teknik
1. Block.
2. Bread And Butter atau Sandwich.
3. Plank On Bulkhead.
4. Plank On Frame.
1. Replika Perahu Pinas warisan Trengganu |
2. Replika Perahu Pinisi warisan Bugis. |
Next : Peralatan
teknik yg mana satukah yg digunakan oleh saudara utk menghasilkan model2 perahu ini?
ReplyDeleteGabungan POB dan POF. Next model nak cuba teknik POF sepenohnya, insyaallah.
DeleteTerbaek.............
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBagaimana boleh saya belajar cara buat boat?
ReplyDeleteCuba cari tutorial dlm internet... atau untuk di semenanjung, kalau tidak silap, CaptainJack Woodcraft ada buat kelas.
DeleteOm ada polanya gakš
ReplyDelete