Monday 16 September 2013

PERALATAN

Penggunaan peralatan yang betul dan tepat dapat memudahkan kerja membuat replika yang berkualiti. Pembuatan model kapal dan perahu sebagai hobi sama ada dalam bentuk "kits" atau "scratch build" tidak memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar.  Peralatan asas yang diguna mudah diperolehi dari kedai atau pembelian secara "on line". Peralatan yang diperlukan boleh dipilih mengikut kemampuan kecuali alat untuk memotong dan membelah kayu. Secara ringkas, dinyatakan di sini peralatan :
a. penting
b. kurang penting tetapi sangat membantu
c. yang tidak penting.   

1. Melukis Plan

1.1 Alat-alat biasa bagi menulis dan melukis seperti pensil,  pembaris, "set-square" dan sebagainya. 

1.2 Peralatan untuk memotong dan menggunting seperti gunting, "box cutter", "paper cutter" dan sebagainya.

2. Alat Mewarna.

Berus lukisan, berus mengecat, "Air Brush" dan lain-lain.

3. Alat pengepit dan pengikat.

Semua jenis pengepit yang dapat difikirkan seperti pengepit ampaian, pengepit kertas, "clamp" bersaiz kecil seperti "G Clamp",     getah pengikat dan sebagainya yang digunakan untuk memegang kayu dan papan semasa kerja-kerja melekat sementara menanti pelekat kering.  

4. Alat Jahitan

Peralatan jahitan seperti jarum, pelbagai "tweezer" dan sebagainya. Guna untuk membuat layar, bendera, mengikat tali temali dan lain-lain atau mengupah saja kerja-kerja jahitan.

5. Meja Tukang 

Boleh dibuat sendiri dan perlu dipasang "Bench Vice".


Bench Vice

Mini Bench Vice


6. Hand Tools (Alat Tangan)

AMARAN : Penggunaan peralatan tajam adalah bahaya.

6.1. Semua jenis peralatan dan perkakasan pertukangan seperti tukul, ragum, pahat, gergaji,, kikir, "stapler" dan sebagainya.
 
6.2. Alat wajib.

6.2.1. Gergaji

Gergaji Puting



Jewelers Saw
Coping Saw
Fretsaw

6.1.2. Hobby Knife 

Hobby Knife A


Hobby Knife B


6.1.3. Pin Vice. (Gerudi Tangan Mini)


Pin Vice A


Pin Vice B 


6.1.4. Wood Carving Set

Wood Carving Set

6.1.5. Hand Drill (Gerudi Tangan)


Hand Drill 


6.1.6. Needle File (Kikir Mini)

Needle File Set


6.1.7. Razor Saw

Razor Saw A

Razor Saw B

Perhatian : Elakkan daripada mengguna "Hobby Knife" yang mempunyai "collet"(pemegang mata pisau) plastik kerana mudah patah.


7. Peralatan Khas 

Akan terdapat kerja-kerja istimewa yang memerlukan peralatan khas semasa dalam progress membuat model kapal. Peralatan ini boleh diubahsuai dari alat tangan biasa mengikut kreativiti sendiri. Topik ini akan dibincang ditajuk yang lain.


8. Power Tools (Alat Kuasa)

AMARAN : Penggunaan alat berkuasa sangat bahaya. Ikut arahan dan peraturan pihak pengeluar alat.

8.1. Alat penting.

8.1.1 Table Saw.

Wajib. Guna untuk membelah dan memotong kayu mengikut saiz yang diperlukan.


Table Saw

Memandangkan harga sebuah "Table Saw" agak mahal, pilihan lain adalah membuat sendiri dengan mengguna "Circular Saw", contoh seperti dibawah:-



Circular Saw


Circular Saw dipasang bawah meja.



Table Saw DIY (Do It Yourself)

8.1.2. Mini Table Saw. 

Guna untuk membelah dan memotong kayu yang bersaiz kecil.


Mini Table Saw


8.1.3. Rotary Tool. 

Guna untuk mengukir, kerja halus dan kemasan. Alat pelbagai guna ini sangat membantu.


Rotary Tool Set



Mini Drill/Grinder



8.1.4. Scroll Saw.

Mengganti "Coping Saw" dan "Fret Saw" untuk memudahkan kerja memotong kayu mengikut bentuk yang dikehendaki seperti gading kapal atau rangka sekatan. Gergaji ini sangat membantu tetapi tidak wajib.



Scroll Saw


8.1.5. Jig Saw

Sangat membantu tetapi tidak penting.


Jig Saw

8.1.6. Hand Drill (Gerudi Tangan Elaktrik)

Membantu

Hand Drill 


8.2. Peralatan Tidak Penting

Alat pilihan jika mempunyai peruntukan besar untuk dibelanja bagi memudahkan kerja.


8.2.1. Wood Lathe (Pelarik Kayu Mini)
                                                                                                         
Untuk membuat tiang layar, meriam, perkakasan kapal yang bentuk silinder bulat.

Wood Lathe

Pilihan lain bagi pelarik yang agak mahal harganya ialah dengan membuat sendiri seperti yang dibuat oleh pembuat replika kapal profesional tersohor Malaysia dengan menggunakan gerudi tangan elektrik sebagai kuasa pemutar.                                                                 https://www.facebook.com/CaptainJackWoodcraft‎ 


Pelarik DIY 

Pelarik DIY (Top View)


atau mengguna peralatan membuat benang skru/screw tread (Tap and Die Set) bagi mendapatkan saiz bulatan diameter kayu yang dikehendaki.

Tap And Die
atau yang paling jimat dan mudah; mengguna kikir, parang/pisau untuk menarah dan mengikir kayu bagi mendapatkan bentuk silinder bulat .


8.2.2. Metal Lathe (Pelarik Logam Mini)

Guna untuk melarik logam seperti gangsa untuk membuat meriam dan sebagainya. Pelarik Logam boleh diguna untuk melarik logam dan kayu tetapi Pelarik Kayu tidak boleh diguna untuk melarik logam.


Metal Lathe

8.2.3. Planner/Sander. 

Guna untuk melicinkan papan dan mendapat ketebalan yang seragam.


Planner/ Sander


8.2.4. Band Saw

Band Saw

Terdapat pelbagai jenis lagi peralatan yang tidak disebut di sini bagi membantu kerja-kerja membuat replika. Peralatan yang disentuh hanya sebagai panduan. Pilihan alat daripada segi harga, kesesuaian dan kerja yang hendak dilakukan, semuanya bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing.

                   
                                 
                                   
                         
NEXT :  Bahan



Thursday 4 July 2013

TEKNIK


Pengenalan 


Seni kerajinan tangan model miniatur perahu layar adalah kraftangan yang mempunyai nilai komersial. Seni yang tinggi berbentuk tiga dimensi dan sangat sesuai dijadikan hobi.   Hobi ini akan melibatkan diri dengan beberapa disiplin ilmu seperti kaedah melukis/membaca plan, mengenali/mengguna peralatan dan bahan ketukangan asas. Hasilnya boleh dibuat perhiasan, koleksi dan cenderamata.  Ia juga boleh menjana pendapatan sampingan .       


Membuat sebuah model perahu adalah sama sahaja tekniknya dengan cara membuat model kapal layar.  Penerangan yang terperinci mudah diperolehi dari laman-laman web berBahasa Inggeris. Goggle saja "Ship Modeling"dan sebagainya, akan terdapat banyak laman web yang boleh dirujuk. Model kapal layar mudah didapati dalam bentuk "Kit" manakala bagi "Scratch Built", pelan boleh dibeli melalui on line dan jika rajin mencari di internet, boleh diperolehi secara percuma.


Bagi model perahu, ianya terpaksa dibuat secara "Scratch Built" kerana tidak terdapat dalam bentuk "Kit" yang boleh dibeli di pasaran, begitu juga dengan plan. Ini bermakna dari peringkat menterjemah gambar perahu kebentuk plan dan kerja seterusnya perlu dibuat sendiri. Penerangan di sini akan menjelaskan secara ringkas teknik yang diguna untuk membuat sebuah model.


Terdapat 4 teknik asas yang biasa diguna untuk membuat sebuah model. Model tersebut juga, boleh dihasil dengan mengguna gabungan antara teknik-teknik berikut.             


1. Block atau Solid.  

Kayu beluti atau dari seketul kayu di bentuk menjadi lambung (Hull).                                                                                        

  
1. Kayu beluti



1. Ditarah dan dibentuk menjadi lambung kapal.


3.Dari sebongkah kayu.


Boleh juga dikorek "Hull" (lambung kapal) tersebut untuk membuat ruang petak (Hold) tetapi masih dianggap sebagai teknik Blok.


2. Bread And Butter atau Sandwich.

Mengguna dua atau lebih lapisan kayu seperti menyediakan roti sandwich secara berlapis sama ada menegak (Vertical) atau mendatar (Horizontal) dan dibentuk menyerupai lambung kapal.


a. Menegak



1. Vertical

2. Dibentuk


3. Hasilnya

b. Mendatar



1. Horizontal (plan view)



2. Selepas dibentuk
Selepas lapisan kayu papan telah dilekat dan dibentuk, sama ada secara Vertikal atau Horizontal. "Hull" (Badan Lambung Kapal) dikorek untuk membuat "Hold" . Kayu papan dua kaedah ini juga boleh dipotong atau ditebuk dahulu sebelum dilekatkan seperti tiga gambar di bawah.


1.

2.


3.



Bagi gambar no. 3 di atas, ia adalah contoh gabungan antara Vertikal dan Horizontal. Terdapat 6 lapisan horizontal dan 2 lapisan vertikal  bagi model ini. Jika model tersebut menggunakan kaedah 2 lapisan vertikal sahaja tanpa lapisan horizontal, ia disebut sebagai teknik "Half" . Teknik "Half" ini juga adalah salah satu teknik dalam kumpulan "Bread and Butter" atau "Sandwich".


3. POB ( Plank On Bulkhead )

Gading @ Kun kapal atau rangka kapal (Frame) dipotong dalam bentuk kepingan sekatan. Lunas (Keel) juga dipotong dalam bentuk kepingan. Kepingan-kepingan rangka sekat dipasang selit bersilang dengan kepingan lunas. 



1. Kepingan-kepingan rangka sekatan dan kepingan rangka lunas. 



2. Kepingan-kepingan rangka sekat diselit kepada kepingan rangka lunas.



3. Kepingan lunas boleh juga dibuat beberapa bahagian untuk model besar



4. Sambungan kepingan lunas di kepingan rangka sekat yang ke empat.


5. Kepingan-kepingan  rangka sekat yang telah siap diselit pasang ke kepingan lunas.


Berikutnya kerja-kerja pemasangan papan dilakukan ke atas badan kapal. Kerja-kerja ini dinamakan "Planking". Pelekat (glue) diguna untuk replika kecil manakala replika bersaiz besar menggunakan sama ada glue atau paku. 



1. Menggunakan rubber band, penyepit ampaian dan pin untuk menunggu pelekat kering.



2. Papan yang telah dipasang ke kepingan rangka 


Untuk teknik "Plank On Bulkhead" ini, plan yang terperinci perlu disediakan dahulu sebelum kepingan-kepingan papan dapat dipotong. Topik ini akan dibincang ditajuk lain. 


4. POF (Plank On Frame)

Model kapal layar dibuat seperti cara kapal sebenar dibina. Semua kayu gading @ kun, luan, linggi dan lunas dibentuk/potong mengikut skala sebenar yang dikecilkan.  


1.


2.

3.

Kerja "planking" untuk teknik POF ini sama sahaja dengan teknik POB.


Sama seperti teknik Plank On Bulkhead, plan kapal teknik Plank On Frame ini perlu disediakan secara  terperinci dahulu sebelum rangka-rangka, lunas dan linggi dapat dipotong.  


Teknik

1. Block.

2. Bread And Butter atau Sandwich.

3. Plank On Bulkhead.

4. Plank On Frame. 


1. Replika Perahu Pinas warisan Trengganu


2. Replika Perahu Pinisi warisan Bugis.




                                          
                        
                                             

                       
                                              


Next  :  Peralatan