Friday 22 May 2015

SKALA



Memilih skala untuk membuat replika bergantung kepada peralatan yang dimiliki. Mereka yang hanya mempunyai peralatan asas, disyor mengguna pakai ukuran skala bernisbah besar. Semakin besar nisbah skala semakin kecil replika. Memiliki kemudahan bengkel dan peralatan yang lengkap mempunyai kelebihan kerana berkeupayaan memilih skala yang disukai. 

Penggunaan skala adalah untuk memudahkan kerja melukis objek mengikut saiz yang dikehendaki. Nisbah "Imperial" 1:12, 1:24, 1:48 antara sukatan skala yang mudah diguna. Bagi mereka yang kurang faham, 1:12 bererti 1 inci = 12 inci (jika mengguna unit "Imperial" inci sebagai ukuran) juga bermaksud objek sebenar adalah 12 kali ganda lebih besar dari objek replika mengikut ukuran ratio skala tersebut.

Skala juga boleh menggunakan unit pecahan, nisbah dan sistem sukatan yang berlainan. Kaedah pengiraannya serupa, sama ada menggunakan sistem unit "Imperial" mahu pun sistem unit "Metrik". Pastikan tidak membuat kesilapan "Conversion" ketika mengambil ukuran silang antara sistem sukatan Metrik ke Imperial atau sebaliknya untuk menghasil lukisan pelan yang sempurna.


Contoh 1. (Sukatan Imperial menggunakan unit Inci)


1 : 24

1 inci : 24 inci         @      1 inci : 2 kaki

1/2 inci : 12 inci      @      1/2 inci : 1 kaki
      

Replika perahu berukuran 17 inci adalah 34 kaki panjang bagi perahu sebenar.

17 inci x 24 inci = 408 inci
408/12 = 34 kaki

atau

17 x 2 = 34 kaki


Sebaliknya :-

Perahu sebenar berukuran 34 kaki panjang adalah 17 inci bagi replika.

34/24 = 1.417
1.42 x 12 = 17 inci

atau

34/2 = 17 inci



Contoh 2. (Sukatan Imperial menggunakan unit Inci)


1 : 48

1 inci : 48 inci       @       1 inci : 4 kaki

1/4 inci : 12 inci    @       1/4 inci : 1 kaki

Replika perahu berukuran 17 inci adalah 68 kaki panjang bagi perahu sebenar.

17 inci x 48 inci = 816 inci
816/12 = 68 kaki

atau

17 x 4 = 68 kaki


Sebaliknya :-

Perahu sebenar berukuran 68 kaki panjang adalah 17 inci bagi replika.

68/48 = 1.417
1.42 x 12 = 17 inci.

atau

68/4 =17 inci



Pecahan 16 (Sistem Imperial)


Contoh 3. (Sukatan Metrik menggunakan unit Centimeter)


1 : 100

1cm : 100cm       @        1cm : 1meter

Replika perahu berukuran 17 cm adalah 17 meter panjang bagi perahu sebenar.

17cm x 100 = 1700cm

1700/100 = 17 meter

sebaliknya :-

17m / 100 =  0.17m

0.17x100 = 17cm




Ratio 1:100 (Sistem Metrik)


                                       
                                                       Perahu Mayang
Skala 1:48 Teknik POF  (Hasil Tangan Admin.) 


                                  Hai berdayung, dayunglah sampan
                                  Terbang si bangau sampai ke kuala
                                  Hai apa terdaya, dayalah badan
                                  Terbuang di rantau pokai le pula


NEXT  -   Melukis : Pelan Dan Garisan.



Friday 17 April 2015

NAMA PERAHU




Nama perahu yang kebanyakannya tidak dilabel, merupakan perkara utama perlu diketahui apabila mula menjejaki ilustrasi dan maklumat perahu sejarah di dalam khazanah rekod-rekod lama. Begitu juga dalam teks-teks kesusteraan Melayu zaman dahulu. Nama-nama perahu yang dicatat tidak disertakan dengan rajah atau lakaran; menyebabkan rupa bentuknya agak sukar untuk dibayangkan.

Keadaan ini menimbulkan kekecewaan dan mengurangkan keseronokan pembuat replika yang serius kerana setiap model perahu sepatutnya mempunyai nama khas bagi merujuk kepada perahu sebenar. Kegagalan menamakan model perahu tanpa nama ini mampu mengurangkan kesan nilai sejarah dan ketulenannya akan terjejas. Kesahihan dan kewujudan perahu model ini mungkin diragui.  

Perahu-perahu tanpa nama ini jika dibuat dalam bentuk replika, tidak boleh dinamakan secara semberono. Terdapat beberapa kaedah yang boleh diguna untuk menamakan replika tersebut setepat yang mungkin agar tidak lari dari tatacara masyarakat dahulu menamakan perahu. Jika diteliti secara mendalam, kebanyakan perahu ini kebiasaannya dinamakan mengikut kaedah tertentu, antaranya :-


1.   Nama Umum -  rujukan secara umum

      1.1  Bentuk Umum Perahu

             1.1.1  Perahu Besar
             1.1.2  Perahu Panjang
             1.1.3  Perahu Bunting

      1.2  Kegunaan Perahu

             1.2.1  Perahu Tambang - Membawa penumpang.
             1.2.2  Perahu Dagang
             1.2.3  Perahu Perang

      1.3  Bangsa/Suku/Pemilik Perahu
           
             1.3.1  Perahu Aceh
             1.3.2  Perahu Bugis
             1.3.3  Perahu Raja

      1.4  Kota/Daerah/Negeri

             1.4.1  Perahu Makassar
             1.4.2  Perahu Jambi
             1.4.3  Perahu Johor


2.    Nama Khusus -  rujukan ciri-ciri khusus yang ada pada sesebuah perahu.

       2.1  Ukiran Pada Haluan

              2.1.1  Perahu Naga
              2.1.2  Perahu Enggang
              2.1.3  Perahu Buaya

       2.2  Bentuk Profil Haluan

              2.2.1  Perahu Bedar Luang Sudu - Haluan menyerupai paruh itik.
              2.2.2  Perahu Dogol - Linggi yang ringkas tanpa hiasan.
              2.2.3  Perahu Pinas Golok - Haluan menyerupai golok.

       2.3   Keseluruhan rupa bentuk perahu atau profil lambung.

               2.3.1  Perahu Lancang
               2.3.2  Perahu Sekoci
               2.3.3  Perahu Penjajap

        2.4  Jenis Layar

               2.4.1  Perahu Sabang
               2.4.2  Perahu Kacik
               2.4.3  Perahu Nadir

        2.5  Sistem Layar

               2.5.1  Perahu Selup
               2.5.2  Perahu Katar
               2.5.3  Perahu Keci

     
 3.  Nama Khas - nama yang telah dikenal pasti benar milik sesebuah perahu dari             sumber lisan, rekod bergambar atau penerangan bertulis.  

        3.1  Nama Khas Nusantara

               3.1.1  Perahu Pangkur
               3.1.2. Perahu Bedar
               3.1.3  Perahu Kura-Kura

        3.2  Nama Khas Dari Luar Nusantara

               3.2.1  Perahu Gali/Galai/Garai = Galley
               3.2.2  Perahu Pragata = Frigate
               3.2.3. Perahu Gurab = Grab

        3.3  Nama Khas Yang Menggunakan Bahasa Suku Dan Daerah

               3.3.1  Perahu Cemplok - Jawa
               3.3.2  Perahu Patorani - Bugis
               3.3.3  Perahu Beluntu - Bawean



Kaedah No. 1 dan No. 2 di atas adalah antara cara yang boleh diguna untuk menentukan nama sesebuah replika perahu yang tidak bernama. Supaya dapat diterima dan kedengaran asli; pastikan nama yang diberi itu tidak terkeluar daripada lingkungan budaya penggunaan perkataan, istilah dan amalan maritim di Nusantara.

Penggunaan "nama khas" adalah yang terbaik. Namun jika ketandusan sumber, ciri-ciri khusus dan yang ketara atau unik pada perahu tersebut boleh dikaitkan dengan namanya. Sekiranya masih buntu, namakan sahaja perahu berkenaan secara rambang; cara paling mudah tetapi nyata nama yang diberi terlalu umum.                        


Contoh 1.


1.  Sampan Panjang @ Perahu Gubang

Dari gambar lakaran dan maklumat di atas, perahu tersebut boleh dinamakan:-

1. Perahu Gubang - Nama Khas.

2. Perahu Naga - Merujuk kepada ukiran di haluan.

3. Perahu Sabang - Merujuk kepada layar.

4. Sampan Panjang/Perahu Panjang - Merujuk kepada bentuk umum badan perahu.

5. Perahu Lumba - Kegunaan untuk berlumba atau atas kelajuannya.

6. Perahu Raja - Kebanyakannya milik kerabat raja dan bangsawan.

7. Perahu Selat - Kawasan yang biasa ditemui ie; Selat Melaka, Selat Singapura dan         sekitarnya.




2. Perahu Naga : Perahu Gubang Yang Diubahsuai Kegunaan Di Sungai Perak



Contoh 2.


3.  Perahu Pinas

Dari gambar lakaran dan maklumat di atas, ia boleh dinamakan sebagai :-


1. Perahu Pinas - Rujukan kepada bentuk khusus badan perahu secara keseluruhan.
                        - Rujukan kepada asal Nama Khas Eropah = Pinnace.

2. Perahu Sekunar - Merujuk kepada sistem layar.

3. Sekunar Melayu - Dibina dan diguna oleh Melayu Terengganu.

4. Perahu Dagang - Kegunaan.

5. Perahu Besar - Merujuk kepada saiz badan perahu secara umum.

6. Perahu Terengganu -  Asal Terengganu.

7. Pinas Golok - Profil haluan.

Nota : Perahu Pinas Terengganu pada awalnya menggunakan sistem layar "Sekunar", kemudian bertukar kepada Layar Apit.



4. Perahu Pinas Dogar



5. Perahu Pinas Golok



Contoh 3.


6.  Tongkang Melayu

Dari gambar lakaran di atas, nama yang boleh diberi ialah :-


1. Perahu Sekoci - Merujuk kepada bentuk khusus badan perahu secara keseluruhan.
                          - Rujukan kepada asal Nama Khas Eropah = Skotche.

2. Perahu Keci - Merujuk kepada sistem layar.

3. Tongkang - Kebiasaannya diguna untuk memindah barangan pukal dari pantai ke         kapal yang lebih besar di tengah laut.

4. Tongkang Melayu - Dibina, diguna dan dimiliki oleh Melayu di Selatan Tanah                  Melayu, Riau dan sekitarnya.



Faktor yang tidak kurang penting perlu diketahui mengenai nama sesebuah perahu ialah nama tersebut tidak semestinya mewakili hanya untuk sejenis perahu sahaja. Nama yang sama mungkin diberi kepada pelbagai jenis perahu walaupun bentuk fizikalnya berbeza sama sekali. Keadaan ini berlaku disebabkan setiap masyarakat setempat atau daerah mempunyai versi yang tersendiri.

Sebagai contoh, setiap masyarakat maritim di Nusantara masing-masing mempunyai perahu yang digunakan untuk menggangkut penumpang. Perahu ini mewarisi tradisi pembuatan yang berbeza antara satu sama lain. Atas dasar "kegunaan", secara umum semuanya akan dirujuk sebagai "Perahu Tambang". Kebiasaannya perahu-perahu ini mempunyai nama mengikut loghat daerah masing-masing.



7. Perahu Tambang  ( Perak )


8. Perahu Tambang ( Banjar ) Jukung Rangkang


9. Perahu Tambang  ( Madura )


Terdapat juga keadaan dimana pelbagai nama diguna untuk merujuk kepada hanya sejenis perahu. Keadaan ini berlaku apabila sesebuah perahu itu dibina berasaskan reka bentuk lambung yang sama tetapi diberikan nama yang berlainan; akibat dari kaedah penamaan perahu yang dijelaskan di atas: kegunaan yang berbeza, penggunaan layar yang berlainan, pemilik dan sebagainya.



10. Nama Umum : Perahu Bugis
Lambung Seragam : Perumah Dan Layar Berlainan : Pastinya Mempunyai Nama Khas Yang Berbeza.  



Dua perkara lagi yang perlu diketahui; nama untuk sesebuah perahu dalam rekod-rekod sejarah kerap bertukar walaupun sejenis disebabkan berlaku perubahan nama mengikut zaman ketika ia dicatat  dan selain itu, perahu berasaskan reka bentuk yang serupa juga seringkali mempunyai nama berbeza kerana berlainan saiz.



11. Perahu Padewakang Warisan Makassar / Bugis



12. Perahu Patorani : Rupa Bentuk Padewakang Bersaiz Kecil


Rumusan :- kesemua nama-nama perahu di atas benar belaka dan boleh diguna, cuma yang membezakan adalah sama ada bersifat umum, khusus atau khas. Nama yang paling tepat hendaklah dipilih terlebih dahulu sebelum diikuti dengan pilihan nama-nama lain mengikut turutan seperti di bawah.

1. Nama Khas - jika pasti.

2. Nama Khusus - jika mempunyai justifikasi.

3. Nama Umum - jika kriteria yang diperlukan untuk dua kaedah terdahulu tidak dapat     dipenuhi.



Bersambung......................... Lambung Perahu


Next   :    Skala.






Saturday 7 February 2015

LAYAR PERAHU




Jenis-jenis layar yang biasa diguna oleh Perahu di Nusantara.



1. Layar Tradisional.



   1.1. Layar Labun @ Layar Kacik @ Layar Kacip @ Layar Tupang


1.

2.


3. Perahu Janggolan


  1.2.   Layar Kolek


4.


  1.3.   Layar Tanjung / Semenanjung @ Layar Pukat @ Layar Terbang


5.


6. Perahu Bedar Luang Sudu Versi Layar Tanjung Dan Kemudi Kelek



7. Perahu Pukat


  1.4.   Layar Tanjak


8.



9. Perahu Padewakang



  1.5.   Layar Bangka


10.



11.




  1.6.  Layar Sabang


12.



13. Perahu Cemplok ? 



  1.7.   Layar Apit.


14.

15. Bedar Luang Sudu Versi Layar Apit Dan Kemudi Linggi 


16. Beberapa Lakaran Jenis Layar Tradisional Malayo-Polinesia



2. Layar Yang Dipengaruhi Oleh Tradisi Maritim Barat.

Layar-layar ini berasal dari Eropah, ia tetap dianggap sebagai layar tradisional kerana telah begitu lama digunakan di rantau sini. Pelbagai variasi telah lahir hasil dari pengubahsuaian yang telah dilakukan terutama pada cara aplikasi penggunaan tali-temali dan takal.


  2.1.  Layar Satu @ Layar Pucuk Jala @ Layar Tajuk (Bermuda)


17.


18. Perahu Lanca


  2.2.  Layar Sudu (Sprit Sail)


19.


20. Perahu Pankur


  2.3.   Layar Gap @ Layar Pinis (Gaff Sail)


21.


22.


  2.4.   Layar Nadir @ Layar Nadeh (Gunter Sail)

23.


24. Perahu Siak


  2.5.   Layar Andang/Ondang @ Layar Pesegi (Square Sail) & Layar Andang-Andang  @   Ondang-Ondang


25.


26. Lancang Kuning


27. Chialoup ( Sloop ) Dengan Layar Andang-Andang Yang Digulung.


  2.6.   Layar Topsil, Layar Terinkat dan Layar Cucur @ Layar Jib


28.  1.Layar Topsil 2.Layar Terinkat 3.Layar Cucur


Penggunaan tiga jenis layar di atas (Gambar Rajah No. 28) tidak diguna pakai secara bersendirian. Ia dipasang bersama-sama dengan layar jenis lain untuk membentuk sistem layar :- 
  
   a. Layar Topsil hanya dipasang dibahagian atas Layar Gap.
 
   b. Layar Terinkat @ Layar Batu dipasang pada tiang hadapan sistem layar bersumber        dari Eropah. 
 
   c. Layar Cucur dipasang sama ada dalam sistem layar Eropah mahu pun sistem layar        tradisional. (Lihat Gambar No.13 dan 15) 



3.  Sistem Layar                                                                                                                                 

Gabungan antara jenis-jenis layar membentuk sistem layar. Terdapat sistem layar yang menggunakan jenis-jenis layar tradisional tempatan keseluruhannya dan sistem yang menggabungkan layar tradisional dan Barat. Antara sistem layar Barat yang popular dan lumrah diguna di Nusantara hingga akhir abad 20 ialah 1. Sistem Selup. 2. Sistem Katar 3. Sistem Keci 4. Sistem Sekunar. 



  3.1.   Contoh Sistem Layar Tradisional


 29. Gabungan Layar Sabang Dan Layar Tanjak



  3.2.   Contoh Sistem Gabungan Tradisional Dan Barat


30. Gabungan Layar Tanjak, Layar Gap Dan Layar Cucur



  3.3.   Sistem Layar Bersumber Dari Barat.


      3.3.1   Layar Selup (Sloop Rig)


31.  1.Layar Gap 2.Layar Terinkat 3.Layar Topsil



      3.3.2   Layar Katar (Cutter Rig)


32. 1.Layar Gap 2.Layar Terinkat 3.Layar Topsil 4.Layar  Cucur


      3.3.3   Layar Keci (Ketch Rig)


33.  1.Layar Gap 2.Layar Terinkat 3.Layar Topsil 4.Layar Cucur


      3.3.4   Layar Sekunar @ Layar Berlapis @ Layar Tujuh (Schooner Rig)


34.  1.Layar Gap 2.Layar Terinkat 3.Layar Topsil 4.Layar Cucur
 

Layar Nadir telah menggantikan Layar Gap dan Layar Topsil dalam keempat sistem layar di atas, ie: Selup, Katar, Keci dan Sekunar sebagai layar utama dipenghujung era kegemilangan perahu layar. Mudah dan lebih praktikal menjadikannya popular di Nusantara. Layar Sudu dan Layar Satu sebagai layar utama untuk kegunaan perahu bersaiz besar agak kurang popular tetapi wujud dengan penggunaan yang terpencil.    

Penggunaan Jolong Anjung, Layar Cucur dan Layar Topsil dalam sistem Selup/Katar merupakan komponen pilihan untuk dipasang atau tidak oleh pemilik perahu. Layar Topsil juga tidak wajib bagi sistem Keci dan Sekunar. Keempat-empat sistem tersebut mempunyai versi yang tidak menggunakan Layar Cucur tetapi menggunakan Layar Terinkat yang bersaiz besar sebagai pengganti.   

Adaptasi penggunaan sistem layar Eropah yang lebih canggih seperti Layar Andang-Andang tiang berganda telah berlaku lebih jauh ke belakang ketika era penjajahan baru bermula. Maklumat penggunaan layar ini sangat sukar diperolehi kerana telah pupus lebih awal. Ianya hanya dapat dilihat dalam lakaran-lakaran perahu dan kapal yang kurang jelas milik Kerajaan Melayu silam.   

Merujuk kepada sistem-sistem layar "Fore And Arf" asal Eropah yang disebut di atas, ia dikenali mengikut kedudukan tiang diperahu, susun atur tinggi rendah antara tiang-tiang dan bilangan tiang, bukan mengikut jenis-jenis layar.   

a.   Sistem Selup :- Bertiang  satu  dan  tiang  berada  agak  kehadapan  berbanding           Sistem Katar.

b.   Sistem Katar  :-  Bertiang  satu  dan  tiang  berada  di pertengahan  perahu  untuk
      memberi ruang pemasangan layar tambahan.

c.   Sistem Keci   :-   Bertiang  dua  di mana  tiang  hadapan  lebih  tinggi  dari  tiang         belakang.

d.   Sistem Sekunar  :-   Bertiang dua di mana tiang hadapan lebih rendah dari tiang           belakang atau kedua-duanya mempunyai ketinggian yang sama.



35. Perahu Lambo : Sistem Selup = Layar Nadir + Layar Terinkat


36. Perahu Lambo : Sistem Keci = Layar Nadir + Layar Terinkat


37. Perahu Palari : Sistem Keci = Layar Gap + Layar Terinkat + Layar Topsil + Layar Cucur





38. Jenis-Jenis Layar Eropah


39. Sistem Layar Eropah (Fore And Arf)


40. Sistem Layar Eropah Sepanjang Zaman



Untuk Maklumat :-                                                                                                                                  

Kebanyakan layar dan sistem layar tradisional yang diguna di Nusantara adalah jenis teknik "Fore And Arf" Rig. Yakni, perahu layar yang sedikit sebanyak mampu belayar melawan angin. Oleh itu, pastikan layar-layar tersebut tidak disusun tepat melintang dengan lambung apabila memasang layar kemodel perahu kelak.                                                                                                                                                                  

41.

Bolehkah anda mengenali layar dan sistem layar di atas? (Gambar Rajah No. 41)
Perhatikan juga bentuk lambung?


Maklumat tambahan untuk mereka yang berminat; supaya awak-awak tidak keliru apabila menerima arahan dari Nakhoda, setiap bahagian perahu mempunyai namanya sendiri, ini termasuk tiang.  Oleh itu, layar perahu juga seringkali dinamakan mengikut nama kedudukan tiang tersebut.  


Nama Tiang :-

A.  Tiang Agung

B.  Tiang Penggawa

C.  Tiang Topan


42. Nama Tiang



4.  Nama Layar Mengikut Kedudukan Tiang

  4.1  Contoh 1.

         a.  Layar Agung :- Jenis Layar = Layar Tanjung

         b.  Layar Penggawa :- Jenis Layar = Layar Gap @ Layar Pinis

         c.  Layar Topan :- Jenis Layar = Layar Tanjung

43. Contoh 1


  4.2  Contoh 2

         a.  Layar Agung :- Jenis Layar = Layar Apit

         c.  Layar Topan :- Jenis Layar = Layar Apit


44. Contoh 2


  4.3  Contoh 3

         a.  - Layar Agung :- Jenis Layar = Layar Gap @ Layar Pinis
           
              - Topsil Agung
                                           
         b.  - Layar Penggawa :- Jenis Layar = Layar Gap @ Layar Pinis

              - Topsil Penggawa


45. Contoh 3


Lain-lain :-

Layar tradisional Nusantara zaman dahulu dibuat dari guni, anyaman mengkuang atau kajang.  Guna bahan  yang  boleh  disimulasi  menyamai bahan  layar  tersebut  untuk menambah keaslian layar replika perahu tersebut. 

Bersambung...........


Next : Nama Perahu